Saturday 11 August 2018

Skincare Routine- Rawatan Untuk Bibir kering & Menggelupas.










1-      Sapu madu



Ha, step ni adalah step yang selalu cik blogger dan kengkwan selalu buat time duk asrama sekolah dulu, seronok sambil lepak ngan kengkawan sambil share tips skincare, cara dia tersangatlah mudah, ambil sedikit madu asli dan oleskan pada bibir sebelum tidur setiap hari. Madu akan meghilangkan kulit yang menggelupas selain melembapkan bibir.



2-      Air



Air adalah sangat penting untuk memastikan badan sentiasa dalam keadaan yang baik, air juga adalah sesuatu yang penting untuk mengelakkan bibir kita daripada kering dan menggelupas. Oleh itu, minumlah air yang secukupnya untuk mngelakkan bibir menggelupas selain baik untuk kesihatan tubuh badan.



3-      Skrub



Skrub juga dapat mengatasi masalah bibir kering dan menggelupas, selain dapat menghilangkan sel-sel kulit mati pada bibir, pastikan anda menggunakan skrub bibir dan gosok secara perlahan-lahan untuk mengelakkan bibir daripada terluka. Madu yang dicampurkan dengan sedikit gula juga dapat dijadikan skrub dan lebih mudah dan alami.



4-      Minyak zaitun



Jangan tak tau, minyak zaitun juga dapat digunakan untuk  merawat bibir yang kering dan menggelupas ni. Sapu sedikit minyak zaitun pada bibir untuk mendapatkan bibir yang lembab dan tidak menggelupas.



5-      Elakkan menjilat bibir



Mesti pernah buat kan? Ha…menjilat bibir juga adalah 1 faktor yang menyebabkan bibir kering dan menggelupas, jadi elakkan dari menjilat bibir anda.



6-      Petroleum jelly



Amalkan menyapu petroleum jelly pada bibir sebelum tidur setiap hari. Ini berkesan untuk menjadikan bibir tidak kering.



Selamat mencuba!

Thursday 9 August 2018

Skincare Routine – Cara Agresif Tanggalkan Minyak & Blackheads Dimuka.



Mini Facial Menggunakan Tuala Panas

1-      Rendam tuala muka yang bersih  kedalam bekas yang berisi air panas selam 30-60 saat.
2-      Perah tuala muka yang telah direndam tadi sehingga kering
3-      Tekapkan tuala tadi pada muka sehingga sejuk.
(Pastikan tuala muka anda tidak terlalu panas untuk mengelakkan kulit muka terbakar/kemerahan)
4-      Setelah tuala muka sejuk, ulang step 1-3 sebanyak 2-3 kali, sebelum mencuci  muka anda menggunakan pencuci muka dan air sejuk.


*Teknik ini akan memberikan kesan baik pada kulit anda, selain dapat mengeluarkan  segala kotoran dan minyak keras yang berkumpul didalam pori-pori muka dan mencuci  muka setelah itu dapat menghilangkan segala kotoran dan minyak yang  telah keluar selepas proses tadi.


p/s : yang ada masalah jerawat  bolehlah try teknik ni, selain menghilangkan minyak pada muka ia juga boleh mengurangkan pertumbuhan jerawat.

p/s/s: yang suka bermake-up pun digalakkan buat facial n tau, untuk mengoptimumkan lagi penyinkiran sisa-sisa make-up pada wajah.

Cik blogger dah mencuba dan kesannya kulit muka menjadi fresh dan bebas minyak serta jerawat. Sehingga berjumpa lagi dan selamat mencuba! Toodles!