Friday 14 December 2012

KEBAIKAN AIR LIMAU

Assalamualaikum syg2ku...huahuahua..im coming home2...tell the world that im coming home....hehehehe (ley lak melalak kt cni yew....kekekeke)...ary nih mishcha tsgt2 la lmbat post mngepos nih...dsbbkn byk kje lor...kmas2 umh..g situ,sini.....mklom la..ary nih mishcha cuti...xkeje..kekekeke....ok2...stop mrapu mishcha....!!!!ary nih mishcha nk share2 ngn korang sal petua2 nih..hehehe....mishcha dpat petua nih lam buku..biase la mishcha ske baca bab2 nih....kbtulan time mishcha stdy dlu..ade pk cik nih,....jual buku kat psar mlm...jual murah2 je..mishcha kesian....sbb da tua....so mishcha beli la 1..hehhehe...so its time for me to share with all of u...hehehe...ary nih mishcha nk kongsi KEBAIKAN AIR LIMAU....cekidaut...hehehehe


KEBAIKAN AIR LIMAU :

1-MERAWAT DARAH TINGGI

-Amalkan minum air limau nipis dua kali sehari.akan meredakan penyakit darah tinggi anda.

CARANYA :

Ambil sebiji limau nipis perah airnya kedalam gelas,setelah itu campurkan dengan air sejuk sebanyak 1 gelas,jika anda gemar,boleh campurkan dengan sedikit gula sebagai perasa.Lakukan sehingga darah tinggi anda beransur turun,anda boleh amalkan setiap hari dengan minum air limau nipis pagi dan petang.Insyaallah anda akan dapati hasilnya memuaskan.


2-MENURUNKAN BERAT BADAN

-Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan,air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

CARANYA :

Sediakan dua biji limau nipis @ limau kasturi setiap hari,setelah itu perah airnya kedalam gelas yang berisi dengan air sejuk,masukkan kedalam peti sejuk.setelah itu,bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.Amalkan meminumnya selama sebulan,berat badan anda akan beransur turun.


3-UBAT PENING KEPALA

-Jika kepala anda terasa berat kerana kurang tidur @ pening kepala kerana mabuk dalam perjalanan,anda boleh ambil 3 biji limau nipis,dibelah dua sebiji anda gosokkan pada kepala yang telah dibasahi air,biarkan selama 5 minit,setelah itu barulah anda mandi dengan air limau yg dua biji tadi.Caranya dengan meramaskan limau tersebut pada sebaldi air kemudian jirus dan gosoklah pada badan anda.Setelah itu,keringkan badan anda tanpa membilasnya dengan air yang lain,lakukan dua kali sehari sehingga rasa pening anda hilang.

4-MENGHILANGKAN MABUK

-Jika anda mabuk kerana menaiki kenderaan,anda boleh berbekalkan sebiji limau.Ciumlah limau tersebut semasa dalam perjalanan,Insyaallah rasa loya anda akan hilang.Selain itu,jika ad sahabat @ keluarga anda yang mabuk kerana minuman keras,anda boleh memberi air perahan limau nipis sebanyak dua biji,kedalam air sejuk.Berilah orang yang mabuk arak itu minum,anda akan dapati dia akan termuntah dan mabuknya akan reda.

Jika anda dapati kuku anda terkena cagu,terutama ibu jari kaki anda,anda boleh perahkan sedikit air limau pada kuku yang mencengkam pada daging itu,biarkan selama beberapa minit,jika boleh anda potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut.Lakukan dua kali sehari dengan menitikkan air limau pada cagu anda.Anda akan dapati cagu anda beransur pulih.


selamat mencuba semua...t mishca post lagi k petua2 laen..hehehehe...http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment