ASSALAMUALAIKUM......
-Hari ni bkk je facebook,tnampak org share psal crita ni....trus tgerak nk baca...crita ni mmg sdih....sebak skjap n mngalirkan air mata...law x pcya,korng baca la....hyati crta ni btul2......
Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis... Share jika ia membuatkan air mata anda mengalir..
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa
kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yan
g
tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau
ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut
macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat
orang hah?" Leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak
bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun
yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi
mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini
darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak
memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh
tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah
ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat
berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga
tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin
bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka
sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along
berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau
sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali
ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.
"Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit
bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along
memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun
siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu
berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana
sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya
setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu.
Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan
ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga
sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia
asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang
berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat
memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah
tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah
untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along
sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang.
Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit
pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang
masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai
minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek
rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap
terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali
ini.
Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun
masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya.
Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya.
Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan
hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat
serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati
ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya
kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah
satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu
lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka.
Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah
gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap
juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu
bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh
tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur.
Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di
situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil
sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak
itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur,
adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke
arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu
sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu
nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat
ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya
enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum
melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along di sebalik
pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih
nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih
lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan
sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara
lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya
perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil
Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih
masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak
lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.
Dia
mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada
perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil
Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada
ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang
dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah
mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada
Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih
keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil
jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya
tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih
berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau
ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk
ke dalam kedai itu.
Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya
itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along
ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak
aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat
apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan
hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam.
Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong
mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah
kakak kau!" Along meminta kepastian.
"Untuk kawan baik aku,
kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena
beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak
keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik
dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya
menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang
begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar
ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya
dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak
sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu
depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along
bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin
lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba,
kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang
rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana
sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup
makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi
bersama sepinggan nasi di atas meja.
Tanpa berlengah dia terus
makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru
nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang
bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa
makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila
lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus
berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada
apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja
makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya
seperti tidak berpuas hati.
"Along ni teruk tau. Suka buat ibu
susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah
Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan
diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu
tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk
membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je
kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk
Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka
melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam
mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke
biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula
jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia
menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.
Along nekad, esok
pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar
B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang
dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap
dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah
tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu
menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan
selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama
beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang
dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat
Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu,
dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel
membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa
sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat
membelikan jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar
daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan
Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa
hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi
kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda
anak-anaknya yang lain.
Seperti hari-hari yang sebelumnya,
Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10
hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu
sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak
membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.
"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba
sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer
bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah
kan?"
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke
dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan
sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi
cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along
sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan
sedih.
"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa
ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi
apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma
satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu.
"Ala, gurau ja la Abang Joe…
Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang
soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga
Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di
dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri
sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada
cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu
rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu,
petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan
soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik
rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap
Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang
mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak
muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu,
Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa
agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya
tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata
Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah
aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap
tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. "Tak
apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya
rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan
abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe
memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah
dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau
pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah
ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along
hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke?
Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?"
"Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa
hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.
"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau
yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku
sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau
ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak
nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si
sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
"Aku nak beli jubah
ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!"
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No
problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin
tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along.
"Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah
kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar.
Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku
harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir
senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai
turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah
itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang
sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke
Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah
kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor
anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan
brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus
merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu.
Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak
berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang
terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu,
Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke
arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu,
wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup
saat itu.
Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga
dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin
lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad
yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu
saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.
Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis
mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak
tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar.
Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus
menatap wajah ibunya selama yang mungkin.
Along sudah kelihatan
hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan
sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air
matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along
semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat
yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu
dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Along di bawa ke hospital
dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya
menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi.
Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak
akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian
jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah,
Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih.
Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang
selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing,
Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu
lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik,
ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes
pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan
lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam
dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek
Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia
jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam
pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"
Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang
di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan
menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?
Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan
teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh
sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada
sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup
tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz
lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak
sahabatnya itu.
Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz.
Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya
menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya
terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama
ini dianggap anak derhaka.
Dengan lemah, wanita itu
mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping
kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu
dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along
selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.
Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan
terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU
IBU!"
Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi
melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis
semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan
marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama,
siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku
mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini.
Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh..
Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal
abadi!"
Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan
mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan
mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan
kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat
berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju
kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...
# cerita ni aq copy dri facebook n blog
i panas 3